TEMAN SEPERJUANGAN I تمن سيڤيرجواڠن

“Akan keluar di akhir zaman, suatu kaum yang muda-muda umurnya, pendek akalnya. Mereka mengatakan sebaik-baik ucapan manusia. Mereka membaca al-Qur’an (tapi) tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka meleset (keluar) dari (batas-batas) agama ini seperti melesetnya anak panah dari (tubuh haiwan) buruannya. Maka jika kalian mendapati mereka (khawarij), perangilah mereka! Kerana sesungguhnya orang-orang yang memerangi mereka akan mendapat pahala di sisi Allah pada hari kiamat’.

(Muttafaqun alaihi, al-Bukhari, no. 3611, 6930 dan Muslim, no. 1066)

29 Disember, 2009

BILA PAS MENEGUR PEMERINTAH



Assalamualaikum.

Aku ingin bertanya kepada kalian. Pernahkah kalian mendengar atau membaca kisah Nabi MUSA dan HARUN A.S yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T untuk berjumpa dan berbicara dengan Firaun?

Atau adakah kalian mengetahui bahawa Nabi Musa mempunyai sebatang tongkat yang telah membelah laut Merah?

Pasti kalian pernah mendengar cerita ini. Namun sebelum meneruskan perbincangan ini, aku ingin menampilkan sepotong ayat yang dipetik dari Surah Taha.

Firman ALLAH yang bermaksud;

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (QS. Taha: 43-44)

Kalian faham tak dengan apa yang disampaikan didalam ayat ini? Ya...surah ini menceritakan bagaimana ALLAH mengarahkan Nabi Musa dan Harun menghadap dan menyampaikan dakwah kepada Firaun.

Dalam masa yang sama ALLAH memerintahkan agar MUSA & HARUN A.S agar menggunakan bahasa-bahasa yang lembut dalam menasihati Firaun agar Firaun tersedar dengan kesalahan yang dilakukan olehnya.

Jika kita mengkaji ayat ini, kita akan dapati betapa indahnya ISLAM. ISLAM mengajar umatnya agar menjadi seorang manusia yang bersopan dalam menyampaikan dakwah dan teguran kepada manusia lain.

Aku ingin menarik perhatian kalian mengenai kaitan surah tersebut dengan apa yang berlaku dalam suasana politik tanah air. Pertama, kita tahu bahawa MALAYSIA merupakan sebuah negara Islam yang mana penduduknya majoriti adalah terdiri dari kalangan kaum Muslimin malah pemerintah / kerajaan Malaysia ini ditadbir oleh seorang penguasa yang beragama ISLAM.

Mungkin ada dikalangan anda akan membangkang kenyataan aku yang menyatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam. Itu aku tidak kesah kerana kalian bukan ulama yang boleh mengeluarkan fatwa mengenai hal ini. Berdasarkan ilmu yang aku tuntut dari Ustaz Rasul Bin Dahri (Singapura), Ustaz Abdul Hakim (Indonesia), dan beberapa ustaz Salaf yang lain, kesemua mereka ini mengatakan Malaysia merupakan sebuah negara Islam.

Walaupun secara totalnya Malaysia masih kurang mengamalkan ajaran Islam, namun yang pasti aku melihat syariat perkembangan dakwah ISLAM tidak pernah disekat ataupun dihalang secara menyeluruh. Malah dakwah Salaf yang mengajak rakyat untuk kembali berpegang kepada AL-QURAN dan Sunnah mendapat sokongan yang kuat dari kerajaan.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti KeADILan Rakyat (PKR), merupakan dua parti pembangkang yang majoriti ahlinya terdiri dari kaum Melayu dan beragama ISLAM. Aku tidak mahu membincangkan mengenai status kedua-dua parti ini berdasarkan konteks ISLAM kerana Demokrasi itu sendiri adalah haram disamping ISLAM melarang kaumnya mengamalkan Hizbi. Malah ISLAM telah melarang keras wujudnya kumpulan Pembangkang dalam kesatuan jamaa'h ISLAM.

Topik yang aku ingin bicarakan pada hari ini ialah, sejauh mana parti pembangkang menurut perintah ISLAM sedangkan dalam masa yang sama mereka turut melanggar perintah dan suruhan yang terkandung dalam ISLAM. Namun dalam hal ini aku lebih memfokuskan perlanggaran syariat ISLAM yang dilakukan oleh PAS, ekoran pengakuan dari mulut kepemimpinan dan ahli-ahlinya yang selama ini mengaku bahawa merekalah sahaja yang menegakkan syiar ISLAM di muka bumi Malaysia ini. Namun aku tak mahu menghuraikan terlalu banyak kerana bagi aku kalau sebanyak mana bukti yang ditunjukkan kepada penyokong tegar PAS, mereka tetap menganggap mereka itu berada di tempat yang benar. Jadi aku hanya mengeluarkan beberapa hujjah yang ringkas tetapi cukup membuktikan PAS adalah serupa malah jauh lebih teruk berbanding parti-parti sekular yang lain.

Aku ingin mengajak kalian melihat kepada landasan perjuangan PAS. Kita tahu bahawasanya PAS selama ini mengaku bahawa diri mereka adalah pejuang Islam dan landasan perjuangan mereka juga adalah halal di sisi ISLAM. Namun hari ini aku ingin menyatakan kepada kalian bahawasanya PAS adalah sama dengan parti-parti Sekular yang lain seperti DAP, PKR, PPP, PBS, PBB, UMNO dan lain-lain lagi. Malah aku berani mengatakan bahawa PAS jauh lebih teruk dan menyimpang dari ajaran ISLAM yang sebenar.

Mengapa aku mengatakan PAS menyimpang dari ajaran ISLAM yang sebenar? Lihat sahaja platform politik yang mereka gunakan = DEMOKRASI. Sebagaimana dalam artikel yang pernah tertulis di dalam blog ini, tidak terdapat satu nas dan hadis yang membenarkan mana-mana umat ISLAM mengambil, menciplak, atau mengimplimintasikan sistem politik atau undang-undang demokrasi yang diilhamkan oleh kaum jahiliyyah. Malah hampir keseluruhan ulama Salaf bersetuju bahawa Demokrasi adalah haram disisi ISLAM kerana ianya tidak datang dari ALLAH mahupun Sunnah Rasulullah. Jadi dalam hal ini, kalau platform / landasannya sudah tidak betul, mana mungkin mereka mengatakan mereka ini adalah dalam golongan yang benar.

Dari aspek kempimpinannya, PAS banyak dikuasai / dipimpin oleh ulama, ustaz dan ustazah. Namun aku ingin bertanya kepada kalian, dimanakah surah atau hadis yang mengatakan apabila seseorang ulama itu melihat penguasanya (Yang beragama ISLAM) melakukan kezaliman, maka haruslah pemerintah tersebut dijatuhkan? Tidak ada satu bukti yang membenarkan kita / ulama agar memerangi pemerintah ISLAM yang zalim

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (r.a.) berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang taat kepadaku, sungguh dia telah taat kepada Allah. Barangsiapa yang derhaka kepadaku, sungguh dia telah derhaka kepada Allah. Barangsiapa mentaati amir (penguasa), sungguh dia telah taat kepadaku. Dan barangsiapa yang menderhakai (menentang) kepada amir (pemerintah) sungguh dia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7137; Muslim, no. 1835; an-Nasa’i, no. 4204, 5525, dari Abu Hurairah r.a.)

Dari ‘Adi bin Hatim berkata: Kami bertanya:

“Ya Rasulullah, kami tidak bertanya kepadamu tentang (ketaatan) kepada (pen guasa) yang bertaqwa, akan tetapi bagaimana dengan (penguasa) yang berbuat (demikian) dan yang berbuat (demikian), ‘Adi bin Hatim menyebutkan beberapa perbuatan jahat (penguasa tersebut – pent.), maka Rasulullah bersabda: Bertaqwalah kepada Allah dan (tetaplah) mendengar dan taat (kepada mereka). (Hadis Riwayat Ibnu Abi ‘Ashim. Disahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani di dalam azh-ZhiIaI, no. 1069)

Dan Ummu Salamah berkata, bahawa Rasulullah bersabda:

‘Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa membencinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkarinya (bererti,) dia telah selamat. Akan tetapi barangsiapa yang meredhainya kejahatannya, akan mengikutinya. Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, Apakah tidak kita perangi saja mereka?” Beliau menjawab: “Jangan, selama mereka masih menegakkan solat.” (Hadis Riwayat Muslim, 1854)

Jadi jika dilihat dari maksud hadis seperti ini, bagaimanakah  ulama PAS begitu mudah mengeluarkan fatwa syaitan mereka dengan menghalalkan pemberontakkan terhadap penguasa ISLAM? Malah aku lebih terkejut apabila terbaca bahawa darah kaum Muslimin yang tidak menyokong parti (PAS) mereka adalah halal untuk dibunuh. Ternyata ulama PAS adalah ulama Suk dan ulama Dajjal yang mahu melihat kehancuran berlaku dalam umat ISLAM di Malaysia.

Anda pastinya pernah mendengar ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PAS. Apa pandangan anda mengenai isi kandungan ceramah mereka? Apakah gaya bahasa yang mereka gunakan? Adakah penuh dengan pengisian ilmiah ataupun penuh dengan ucapan mencaci maki pemerintah? Yang pasti kesemua ucapan dan ceramah yang mereka sampaikan kepada rakyat adalah satu ucapan yang diisi dengan cacian dan makian terhadap pemerintah yang mereka benci.

Aku ingin bertanya kepada kalian, sepanjang Rasulullah S.A.W atau para sahabat baginda berdakwah, adakah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya memaki hamun Abu Jahal dan Abu Lahab? Adakah Musa dan Harun A.S apabila diperintah oleh ALLAH untuk berjumpa dengan Firaun (Pemerintah Mesir), maka baginda berdua (MUSA dan HARUN A.S) memaki hamun Firaun?

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (QS. Taha: 43-44)

Jadi kalau Firaun sendiri ALLAH perintahkan Musa dan Harun A.S menggunakan perkataan yang baik-baik dan lemah lembut, mengapa ulama PAS begitu senang memaki hamun, menghina, mencerca pemerintah yang secara terang-terangan beragama ISLAM, mengucap dua kalimah syahadah dan mendirikan solat?

PAS sering menggunakan hadis 'ulama adalah pewaris nabi', tetapi jika dikaji semula dari aspek tindakan dan tingkah laku mereka ini, layakkah ulama PAS dikatakan sebagai pewaris Nabi? Seperti yang aku katakan tadi, tidak ada sebarang hadis yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W memaki bangsanya yang tidak menerima ajaran ISLAM. Malah baginda berdoa kepada ALLAH agar bangsanya diberikan hidayah dan petunjuk dari ALLAH untuk menerima ISLAM.

Kesimpulannya, apabila kita berpolitik, pastikanlah kita merujuk kepada ayat-ayat ALLAH dan apabila kita berhujjah, pastikanlah kita tidak tersasar dari kehendak dan syariat ISLAM. Janganlah kita gemar mengkritik tanpa menyedari kita sendiri harus dikritik terlebih dahulu.

Read more...